Wednesday, 13 February 2013

Petanda dia sayang kita.

Teringin tahu bagaimana nak tahu lelaki sayang ke kita. Kalau tengok google pon ada macam-macam da tanda-tanda lah bagai kat blogger semua. Ramai da post pasal tu. Kadang baca tu ade la terkena, tapi kadang mana kita nak tahu, betul atau tidak, bukan kita buta hati, tapi xkisahlah lelaki or perempuan suka main-main sekarang, luaran gaya macam minat,tapi dalaman macam bukan dia yang pernah kita kenal. So? percaya percaya tidak je la. Lagipon kita jangan terlalu percaya sangat semua tu. Ada yang kata, salah satu tanda lelaki benar-benar sayang ke perempuan ialah "TANGISAN". Dorunk kata beruntung siapa dapat lelaki yang menjatuhkan air mata hanya kerana dia. Tapi kan macam mana nak tahu lelaki tu nangis sebab kita? lelaki bukan ke kalau nangis suka dalam diam, mana kita nak nampak? and kalau-kalau lah betul lelaki tu nangis depan kita, ntah-ntah sebab ngantuk ke keluar lah air mata dia, macam aq jugak, nguap je keluar air mata. So, mane nak tahu keikhlasan tangisan itu dituju untuk kita? ok next, "MESEJ TIAP HARI" yang ni aq x nafikan, ramai begitu, ramai jenis macam ni, dan aq x terkecuali, cuma aq x berapa yakin apa benar dia sayang ke aq, tapi ikut logik akal, buat apa dia buang masa hanya untuk hantar mesej ke kite walaupon sekadar bagi "smiley" "salam" "gudnyte" "gudmornink" kan, tapi ntah lah, dan pernah jugak terjadi kat aq dia anta mesej gini "xde pe,xtahu nak ckp apa,xde idea,ade idea kah?" so, dalam hati aq, "ko ni da nape? kalau xde pape nak mesej, xya la mesej" tapi xde lah aq balas macam tu kan. Aq jenis layan je, sebab kadang rasa kelakar, secara tidak sedarnya dia buat aq tersenyum sendiri dan kadang tertawa baca mesej dari dia. So, petanda yang ni, aq boleh terima, walaupon rasanya mungkin lelaki itu bosan, itu sebab dia mesej ke kita, ye x? tapi fikir-fikir balik, xkan hari-hari bosan, melampau jugak da tu. hahaha. ok2, next "DOAKAN KITA" yang ni xle nak kata apa, xkan lah kita doa ke orang kita nak kata kat orang tu "aq doakan ko tau, hari-hari aq doakan ko" itu da lain da kan. Doa selalu dalam diam, dan x perlu diberi tahu pon kan. So, mungkin ini petanda, tapi bukan dari luaran yang boleh kita lihat atau nilai. Terima kasih pada mendoakan aq, xkira la siapa anda, kenal atau tidak. And next, "TANYA LATAR BELAKANG ANDA" yang ni aq rasa kawan biasa pon gitu gak kan, "ko ade bape adik-beradik?" "ko tinggal mana?" "kampung ko kat mana?" "ayah ko kerja apa?" "abg-abg ko umur berapa?" and so on. Tapi bagi aq petanda ni boleh diguna pakai jugak lah, sebab kan kalau ikut logik aq, "pe kejadah ko nak tahu pasal aq? ko siapa?" ye x?..this is privacy!. mungkin ada yang berpendapat begitu, terpulang korunk lah. bagi aq kalau dia da kenal lama kat kita, tapi da lama tu tetiba dia tanya semua tu, mungkin dia tertarik ngan kita la tu, dan nak tahu lebih dalam pasal kita. Kadang aq perasan jugak, lelaki yang selalu mesej aq, diikutkan sebelum kami start mesej-mesej ni, kami sebenarnya da kenal dalam dua tahun jugak lah. Mungkin perasaan aq je, tapi kalau terjadi ke korunk, mungkin iya kot, petanda dia sayang ke anda dan mahu mengenali anda secara lebih dekat. Tapi beware tau, jangan nak semuanya dicerita. And "INGAT SEMUA PERKARA WALAUPON KECIK PASAL ANDA', yang ni nampak sweet, terkejut kalau da hampir setahun dia masih ingat lagi apa yang korunk pernah ceritakan sedangkan korunk ada ingat pasal dia? ntah-ntah, yang mingu lepas atau bulan lepas pon dorunk cite ke korunk pon, korunk da lupa, kene lah recheck balik inbox, kan? biasa lah tu,. aq pon gitu. Boleh diterima di sini kan petanda ni, logik jugak lah bagi aq. Next, "BUAT LAWAK JENAKA, AGAR ANDA SENTIASA TERSENYUM" ha! yang ni aq suka jugak, sebab kadang dia macam tahu kita tengah sedih, tergelak-gelak kita sorunk dapat mesej kelakar dari dia kan. Dari hilang mood, tetiba ceria semacam. hahaha. Kalau aq, dia selalu mesej memang kelakar bagi aq. Jarang x senyum or x tergelak kalau dapat mesej dia. Tapi boleh jadi dia anggap kita kawan baik dia, or mungkin dia tengah bad moood, tu saje mesej ceria, supaya kita pon berbalas ceria. Pelbagai kemungkinan. Tapi petanda diterima jugak lah. Next, "AMBIK BERAT" yang ni macam mana nak tahu, kadang ada orang akan gunakan orang tengah atau medium seperti facebook ke twitter untuk tahu keadaan seseorang tu, kadang ade yang straight to the point, macam-macam fiil nak tahu pasal orang. Memang best kalau ade yang ambik berat pasal kita, lagi-lagi time sakit atau kita terjatuh, macam pernah terjadi kat aq, aq pernah lah post di FB "nak nak raya ni jugak lah x sihat rasa, macam mana nak makan ketupat lemang bagai, xdapat rasa da tekak ni ha" and then lelaki tu dia xde lah komen kat post d FB aq tu, tapi dia copy ayat aq tu, then mesej ke aq in phone. Terkejut aq jugak, and then dia tanya la sihat ke x , kenapa semua, then dia buat kita ceria, esok-esok dia tanya ok x semua lagi, sampaikan aq nak tergelak, risau beno gayanya da, padahal aq xde pape sgt pon, pastu lepas kejadian tu aq langsung xpost kat FB da pasal macam x sihat or senang cite berjaga-jaga jugak la nak post tu kan. And pernah sekali aq masuk hospital, dia selalu mesej aq jugak. Bagi aq ambik berat ni memang betul petanda dia sayang ke kita.. Eh2, bukan aq perasan yang budak ni suka aq ke apa tau, cuma kalau terjadi kat korunk, korunk hargai lah dia k, susah nak dapat orang yang care pasal kita. Pasal dia tu, ntah lah, apa-apa pon aq hargai dan cuba hargai lagi kehadiran dia di hari-hari ku (dalam mesej). hehe. Alhamdulillah syukur sangat .And next, "SUKA MENYEBUT NAMA PENUH ATAU NAMA PANGGILAN MANJA ANDA", ok la ni kan, korunk pon kalau ade dok panggil manje ke korunk, mesti cair jugak kan. Jadi di sini, x nak tulis panjang, ia boleh diterima logik akal. Next next and next search google la k. Ini aq dapat dari google jugak, cuma aq saje essay kan ikut apa aq rasa. Terima kasih kalau anda membaca sampai habis ni. Semoga berguna dan bermanfaat. Ingat!!

"Jangan terus percaya tanda-tanda atau tips-tips gini d Google or Blog or something like that, because lain orang lain cara nya meluahkan atau menampilkan rasa sayang atau cinta mereka pada seseorang itu. Dan andainya anda rasa dia la jodoh anda, last2 bukan, terima lah dengan hati terbuka, mungkin Allah nak berikan pada kita seseorang yang lebih baik dari dia yang kita ingat jodoh kita tu. Dan jangan bersedih andai masih sendirian, berdoalah dan berusahalah dengan cara yang halal, jangan risau, insyaAllah masing-masing ada pasangannya, x disini, mungkin di akhirat kelak, insyaAllah"


ok sekian saje coretan saya buat post ni, sekian wassalam..
be happy ^___^

No comments:

Post a Comment