Thursday, 21 February 2013

Buli.

Hari sepatutnya gembira bertukar tidak berapa gembira..kerana apa? sebelum tu 21/2/2013 adalah hari pertama aq bergelar staff di somewhere laa..first masuk,ok..dan ntah mengapa,seakan ada yang tidak berpuas hati dengan aq..wallahualam sebab apa..nak kata aq ni "bodoh" or "lembap",da nama pon first day kerja,first time lagi,xde pengalaman kerja,biasa lah tu..ajari lah aq mana yang patut,bukan nye "tengking" or "perli"..guna akal laa..kalau hang diajar sebegitu,apa hang rasa??..itu akan membuatkan anda dibenci! mungkin kurang senang dengan anda,..bukan bermaksud aq,kene "awak awak..." lembut alahai..cuma senyumlah..mesra alam la sikit kan..baru rasa happy..dan semangat org tu nak bekerja..lagi satu hal,aq ni bagai tempat mereka ini lepas segala amarah..haha..pelik-pelik betul..aq x tahu aq rasa nak gelak..dimasa satu orang ni marah aq,panggil aq,dengan sopannya aq menyahut "ye saya,ade apa boleh saya bantu?"..aq tetap akan cuba menjadi baik walaupun rasanya seakan mahu meletus "laser" mulut aq ni bila ko suka nak "laser",biar hang tahu berapa punya pedas ayat aq...tapi hati kata sabo..Allah Maha Adil dan Mengetahui..mungkin ada balasan nya untuk anda kemudian hari..jadi aq tenang..bila hang jerit ke aq,aq rasa nak menjerit je balik,kita tgk siapa py suara lagi kuat...tapi hati kata relaks..biar orang jahat ke kita,tapi kita balaslah dengan kebaikan..insyaAllah satu hari nanti dia ok la tu...mudah-mudahan..jgn sampai aq keluar belang aq..sabo dan sabo..tapikan satu lagi tempat aq ni,servis slow! bad! have no star nak bagi..gred "D"..kejam pulak..gred "C" laa for customer service..td customer mengamuk,so boleh faham-fahamlah kan..and satu yang aq musykil nya,ade customer tertinggal phone,tp bile owner dia dtg,aq pelik nape staff-staff lain, buat tidak tahu pape..? sedangkan aq npk,ade pada mereka sebentar tadi..kemana pergi phone tu? maaflah,bukan aq nak menuduh,tapi da dua kali pakcik tu datang,still gak diam seribu bahasa..maafkan saya pakcik,saya terpaksa kata "saya xtahu,maafkan saya ye"..sebab aq budak mentah baru belajar,so aq xnak memandai je,tapi tula...rasa bersalah seperti bersubahat dengan benda negative..lepas ni terjadi lagi,I'm OUT!! bukan sebab kena buli,tapi sebab aq xnak bersubahat begini...begitulah serba sedikit kisahnya..hope sangat tomorrow and after thats,I will be fine there..semoga dipermudahkan oleh-Nya..amiinn..

ok sekian saje kisahnya untuk post ni, sekian wassalam..
be happy ^___^

Saturday, 16 February 2013

Lirik Ganjil-Aril.

For this post, just wanna share this lyrics song..nyanyian oleh Aril AF..very nice song..music dan makna lagu yang bagi aq sering terjadi sekarang..dari persekitaran aq begitulah, di tempat korunk, wallahualam lah kan..btw, lets fahami the lyrics..

Ganjil-Aril


Satu dua tiga
Masih ingatkah lagi waktu bersama
Berpegangan tangan di depan kotaraya
Saat itu kau belum lagi
Menyatakan padaku tentang isi hati
Ceritakanlah apa yang sebenar

Engkau bersahaja bila ku bersuara
Dan dengan tenangnya kau kata tak cinta
Apa yang kau mahu
Apa yang kau perlu
Dan aku pun tak tahu
Engkau buatkan aku rasa sesuatu
Tapi tak ada lagi kata putusmu
Apa yang kau mahu
Apa yang kau perlu
Dan aku pun tak tahu
Empat lima enam dan tujuh
Masa berlalu laju seperti angin
Kau dan aku masih lagi di sini
Lembut kata dari mulutmu
Membuatkan aku rasa keliru
Menanti jawapan menanti soalan kamu
Aku rasa adalah baiknya
Jika engkau fikirkan dahulu
Bersama denganku
Pasti akan ku terangi
Dirimu dengan cahaya bulan
Dan akan ku gumpal awan
Jadikan hadiah untuk kekasih hatiku
Engkau bersahaja bila ku bersuara
Dan dengan tenangnya kau kata tak cinta
Apa yang kau mahu
Apa yang kau perlu
Dan aku pun tak tahu
Engkau buatkan aku rasa sesuatu
Tapi tak ada lagi kata putusmu
Apa yang kau mahu
Apa yang kau perlu
Dan aku pun tak tahu

Lagu : Azlan & The Typewriters
Lirik : Azlan & The Typewriters  

Untuk post kali ni,ni je la kot perkongsian aq..ok la,fahamilah wahai anda..
ok la,sekian wassalam..
be happy ^__^


Wednesday, 13 February 2013

Petanda dia sayang kita.

Teringin tahu bagaimana nak tahu lelaki sayang ke kita. Kalau tengok google pon ada macam-macam da tanda-tanda lah bagai kat blogger semua. Ramai da post pasal tu. Kadang baca tu ade la terkena, tapi kadang mana kita nak tahu, betul atau tidak, bukan kita buta hati, tapi xkisahlah lelaki or perempuan suka main-main sekarang, luaran gaya macam minat,tapi dalaman macam bukan dia yang pernah kita kenal. So? percaya percaya tidak je la. Lagipon kita jangan terlalu percaya sangat semua tu. Ada yang kata, salah satu tanda lelaki benar-benar sayang ke perempuan ialah "TANGISAN". Dorunk kata beruntung siapa dapat lelaki yang menjatuhkan air mata hanya kerana dia. Tapi kan macam mana nak tahu lelaki tu nangis sebab kita? lelaki bukan ke kalau nangis suka dalam diam, mana kita nak nampak? and kalau-kalau lah betul lelaki tu nangis depan kita, ntah-ntah sebab ngantuk ke keluar lah air mata dia, macam aq jugak, nguap je keluar air mata. So, mane nak tahu keikhlasan tangisan itu dituju untuk kita? ok next, "MESEJ TIAP HARI" yang ni aq x nafikan, ramai begitu, ramai jenis macam ni, dan aq x terkecuali, cuma aq x berapa yakin apa benar dia sayang ke aq, tapi ikut logik akal, buat apa dia buang masa hanya untuk hantar mesej ke kite walaupon sekadar bagi "smiley" "salam" "gudnyte" "gudmornink" kan, tapi ntah lah, dan pernah jugak terjadi kat aq dia anta mesej gini "xde pe,xtahu nak ckp apa,xde idea,ade idea kah?" so, dalam hati aq, "ko ni da nape? kalau xde pape nak mesej, xya la mesej" tapi xde lah aq balas macam tu kan. Aq jenis layan je, sebab kadang rasa kelakar, secara tidak sedarnya dia buat aq tersenyum sendiri dan kadang tertawa baca mesej dari dia. So, petanda yang ni, aq boleh terima, walaupon rasanya mungkin lelaki itu bosan, itu sebab dia mesej ke kita, ye x? tapi fikir-fikir balik, xkan hari-hari bosan, melampau jugak da tu. hahaha. ok2, next "DOAKAN KITA" yang ni xle nak kata apa, xkan lah kita doa ke orang kita nak kata kat orang tu "aq doakan ko tau, hari-hari aq doakan ko" itu da lain da kan. Doa selalu dalam diam, dan x perlu diberi tahu pon kan. So, mungkin ini petanda, tapi bukan dari luaran yang boleh kita lihat atau nilai. Terima kasih pada mendoakan aq, xkira la siapa anda, kenal atau tidak. And next, "TANYA LATAR BELAKANG ANDA" yang ni aq rasa kawan biasa pon gitu gak kan, "ko ade bape adik-beradik?" "ko tinggal mana?" "kampung ko kat mana?" "ayah ko kerja apa?" "abg-abg ko umur berapa?" and so on. Tapi bagi aq petanda ni boleh diguna pakai jugak lah, sebab kan kalau ikut logik aq, "pe kejadah ko nak tahu pasal aq? ko siapa?" ye x?..this is privacy!. mungkin ada yang berpendapat begitu, terpulang korunk lah. bagi aq kalau dia da kenal lama kat kita, tapi da lama tu tetiba dia tanya semua tu, mungkin dia tertarik ngan kita la tu, dan nak tahu lebih dalam pasal kita. Kadang aq perasan jugak, lelaki yang selalu mesej aq, diikutkan sebelum kami start mesej-mesej ni, kami sebenarnya da kenal dalam dua tahun jugak lah. Mungkin perasaan aq je, tapi kalau terjadi ke korunk, mungkin iya kot, petanda dia sayang ke anda dan mahu mengenali anda secara lebih dekat. Tapi beware tau, jangan nak semuanya dicerita. And "INGAT SEMUA PERKARA WALAUPON KECIK PASAL ANDA', yang ni nampak sweet, terkejut kalau da hampir setahun dia masih ingat lagi apa yang korunk pernah ceritakan sedangkan korunk ada ingat pasal dia? ntah-ntah, yang mingu lepas atau bulan lepas pon dorunk cite ke korunk pon, korunk da lupa, kene lah recheck balik inbox, kan? biasa lah tu,. aq pon gitu. Boleh diterima di sini kan petanda ni, logik jugak lah bagi aq. Next, "BUAT LAWAK JENAKA, AGAR ANDA SENTIASA TERSENYUM" ha! yang ni aq suka jugak, sebab kadang dia macam tahu kita tengah sedih, tergelak-gelak kita sorunk dapat mesej kelakar dari dia kan. Dari hilang mood, tetiba ceria semacam. hahaha. Kalau aq, dia selalu mesej memang kelakar bagi aq. Jarang x senyum or x tergelak kalau dapat mesej dia. Tapi boleh jadi dia anggap kita kawan baik dia, or mungkin dia tengah bad moood, tu saje mesej ceria, supaya kita pon berbalas ceria. Pelbagai kemungkinan. Tapi petanda diterima jugak lah. Next, "AMBIK BERAT" yang ni macam mana nak tahu, kadang ada orang akan gunakan orang tengah atau medium seperti facebook ke twitter untuk tahu keadaan seseorang tu, kadang ade yang straight to the point, macam-macam fiil nak tahu pasal orang. Memang best kalau ade yang ambik berat pasal kita, lagi-lagi time sakit atau kita terjatuh, macam pernah terjadi kat aq, aq pernah lah post di FB "nak nak raya ni jugak lah x sihat rasa, macam mana nak makan ketupat lemang bagai, xdapat rasa da tekak ni ha" and then lelaki tu dia xde lah komen kat post d FB aq tu, tapi dia copy ayat aq tu, then mesej ke aq in phone. Terkejut aq jugak, and then dia tanya la sihat ke x , kenapa semua, then dia buat kita ceria, esok-esok dia tanya ok x semua lagi, sampaikan aq nak tergelak, risau beno gayanya da, padahal aq xde pape sgt pon, pastu lepas kejadian tu aq langsung xpost kat FB da pasal macam x sihat or senang cite berjaga-jaga jugak la nak post tu kan. And pernah sekali aq masuk hospital, dia selalu mesej aq jugak. Bagi aq ambik berat ni memang betul petanda dia sayang ke kita.. Eh2, bukan aq perasan yang budak ni suka aq ke apa tau, cuma kalau terjadi kat korunk, korunk hargai lah dia k, susah nak dapat orang yang care pasal kita. Pasal dia tu, ntah lah, apa-apa pon aq hargai dan cuba hargai lagi kehadiran dia di hari-hari ku (dalam mesej). hehe. Alhamdulillah syukur sangat .And next, "SUKA MENYEBUT NAMA PENUH ATAU NAMA PANGGILAN MANJA ANDA", ok la ni kan, korunk pon kalau ade dok panggil manje ke korunk, mesti cair jugak kan. Jadi di sini, x nak tulis panjang, ia boleh diterima logik akal. Next next and next search google la k. Ini aq dapat dari google jugak, cuma aq saje essay kan ikut apa aq rasa. Terima kasih kalau anda membaca sampai habis ni. Semoga berguna dan bermanfaat. Ingat!!

"Jangan terus percaya tanda-tanda atau tips-tips gini d Google or Blog or something like that, because lain orang lain cara nya meluahkan atau menampilkan rasa sayang atau cinta mereka pada seseorang itu. Dan andainya anda rasa dia la jodoh anda, last2 bukan, terima lah dengan hati terbuka, mungkin Allah nak berikan pada kita seseorang yang lebih baik dari dia yang kita ingat jodoh kita tu. Dan jangan bersedih andai masih sendirian, berdoalah dan berusahalah dengan cara yang halal, jangan risau, insyaAllah masing-masing ada pasangannya, x disini, mungkin di akhirat kelak, insyaAllah"


ok sekian saje coretan saya buat post ni, sekian wassalam..
be happy ^___^

Friday, 8 February 2013

Matlamat.

Matlamat atau goal,bukan goal bola tu ye..ok this post I will post about this topic okeyh.! ini pengalaman dari seorang saudari (identiti dirahsiakan)... ok lets start the story..


Masing-masing ade kan matlamat hidup masing-masing?? matlamat korunk tu berdasarkan apa? minat korunk? ikut orang/kawan-kawan? atau pakai tibai je? or korunk xde matlamat? ok mcm Nina (bukan nama sebenar) xde matlamat.. bukan Nina xnak pasang matlamat.. tp semua matlamat Nina da tersimpang dari jalannya.. Nina bagai hilang arah.. lagipon mummy and daddy selalu buatkan keputusan untuk Nina.. sampaikan Nina nak cari kerja pon susah.. bukan Nina x cari kerja.. Nina da try.. tapi tiap kali Nina dipanggil interview, tetiba mummy cakap "Nina x ya pergilah..jauh tempat tu..lagipon sp nak tolong bisnes mummy..try la cari keje yg start around 10 or 11 a.m ke?..and carilah dekat2 ni je.." tp daddy "dekat ngan pengangkutan awam tu,boleh la pergi,nnt ajak mummy teman g sana"... xpon...daddy akan cakap "Cuba cari company yang ade nama"...macam2 hal..pusing-pusing cerita, mummy ask me to ask Abg Long opinion..and the answer "NO"...then itu lah noktahnya..kputusan dibuat nak dipercayai dan diyakini..anything ask Abg Long opinion...ah!! fed up la gini!..and then they ask me to search job position yg Nina xsuka dan Nina xyakin Nina boleh.. senang cite, thats not my taste!! but what can I do.. all my minat semua x sama ngan mereka.. so,Nina nak buat apa.. last2, Nina diam xanta kat mana2 pon resume.. bagi Nina ramai lagi layak.. sian ke company mana2, waste their time.. last minute tukar keputusan.. and now daddy ask me "Nina ni xde matlamat ke?".. Nina minta maaf daddy coz I'm very tired and I give jawapan "Xya la daddy nak cakap pasal matlamat ke Nina, apa Nina nak semua xboleh..semua kene berdasarkan apa yang mummy and daddy nak and apa2 kene tanya Abg Long..bukan nye Nina boleh buat sendiri..buat sendiri pon,habis semua dah tunggang langgang.." I hope u understand me daddy.. crazy think all this.. Nina nak keje.. Nina nak beli apa Nina nak.. give me chance to make a decision for my future.. please mummy... please daddy... Nina pon nak belanje mummy daddy makan luar macam Kak Ngah and Abg Long.. and buy something untuk Adik.. please mummy.. please daddy.. hope Abg Long pon tolong lah Nina.. fahamlah minat Nina and try to pujuk mummy daddy.. I'm not budak2 anymore.! please understand me.. Nina tersekat di dalam matlamat Nina dan kemahuan mummy dan daddy utk Nina dan keputusan Abg Long. humph..

Semoga mummy dan daddy Nina akan lembut hati untuk beri keizinan kepada Nina untuk menentukan jalan hidupnya.. AWASI bukan TETAPKAN... masing2 punya matlamat tersendiri.. jiwa remaja boleh memberontak.. pada semua ibu bapa di luar, tolong lah fahami keinginan anak2 anda.. jangan anda menyesal kemudian hari bila mereka memberontak dan xkenal mana betul mane tidak.. yakinlah dan berilah semangat pada mereka anak2 anda selagi mereka ikut di landasan yang benar@halal, insyaAllah diredhai.. restuilah mereka.. pada Nina tabahkan diri anda.. banyakkan istighfar bila rasa nak marah, supaya anda xterbuat benda tidak sepatutnya.. sabarlah...

ok lah,ini sahajalah perkongsian untuk harini..sekian wassalam..
be happy ^__^

Tuesday, 5 February 2013

Luahan hati anak.

Ya Allah,sungguh aq sedih dengan segalanya..kenapa selalu begini? kuatkan aku Ya Allah..tabahkan hatiku Ya Allah..jangan biarkan aq menjadi anak derhaka, Ya Allah..sungguh aq sayang ibuku..sungguh....aq selalu ingat kata ni...............

"Kita ni x tentu masuk syurga,tapi xya lah tempah diri ke neraka pulak"

Luahan hati seorang anak (identiti dirahsiakan)...
kini umur da masuk 22,tapi xterasa diri ini mcm umur 22..kenapa? sbbnya segalanya dikawal..yer,aq gagal dlm pelajaran..yer..dan dgn itu disuruhnya aq bekerja..tp da berbulan aq xkeje2 lagi..mungkin xde rezeki lagi,almaklumlah takat SPM mmg susah sikit..tapi satu hal lagi,ade interview,ibu ku xkasi pergi,sedangkan ayah kasi aje perginya..nak x nak ayah pon diam,dan aq menurut saje..sebenarnya ibu aq berniaga..niaga jual kuih muih semua..so,ibuku suruh cari kerja dekat2 uma,dan pastinya kene kerja yang atas pkul 10 msuknya..sbb gerai kami tutup pkul 9..senang cerita mmg semua kene ikut la,kalau masa xkene pon xboleh..ha? macam mane tu? sampaikan vendor2 kuih yang lain mkcik2 tu pon da tahu dan kesian tgk aq,yg betul2 kene ikut ckp ibuku..ni xboleh,tu xboleh..apa kite suka,ibu xsuka..xkan diizinkan..mana ibu suka itulah aq kene ikut..mmg aq ni melawan kata jugak..tapi last2 aq akan menurut jugak..itu aq..aq x sampai hati..dari sekolah lagi...satu hal lagi,aq mmg peramah masa sekolah aq..very friendly and banyak cakap..tapi kalau ade keje group di luar waktu sekolah,ibu aq mesti x kasi keluar..ibu aq kata,kalo nak buat,suh kwn dtg rumah..pastu xkan selalu kwn je dtg rumah,apa pulak ibu kwn2 fikir? msti dorunk fikir yang sama kan?..satu demi satu hilang kwn,dan buat aq segan dengan kawan2..lpas SPM,aq ingt aq da lega,mungkin ibu kasi keluar sikit,g rumah kwn pon xpe,xpon kedai depan ni je pon ok da..tapi......masih sama...aq x dibenarkan keje..kene tolong ibu pagi2 tu je la..kwn2 ajak jalan,mesti x boleh join,ibu x bagi..kadang pernah ibu selalu ckp,kawan ko ni la tu la..xpasal2 kawan aq kene..betul2 makin segan ngan kawan aq..kadang aq pon da malas nak ajak kawan dtg rumah ke ape..serius dpn kawan aq lain,tp belakang kwn aq ibu ku kata lain..aq pon x faham..kat rumah pulak,aq yg selalu kene buat ni kene buat tu..nak kata aq seorang perempuan,adik aq pon perempuan..tapi kalo adik aq malas mesti aq kene..kalo aq,nak x nak,mesti aq kene buat..kadang aq rasa aq da mcm org gaji..kadang aq rasa mcm aq anak angkat..dimaki dicaci da selalu biasa da tu..ntah lah..semuanya yg jahat semuanya aq..semuanya x kene..aq bukan lah mengharap pujian..tapi sikit je salah aq,mesti dipebesarkan..dan apa aq buat yg ok,kemas setel semua,xpulak dipuji..kalo org lain,laju dipuji..dan depan kawan2 ibu,aq ni mcm teruk je..da ibu kata aq malas,aq ni aq tu..pelikkan? kadang benda aq x buat dan aq x cakap pon,ibu cerita,..ntah lah..kadang aq xsedih bile gagal dalam Universiti..aq ditendang..usaha macam mana sekali pon,kalau da mulut ibu berckp "bodoh,lembap" dan sebgainya,xjalan jugak kan..kata2 ibu umpama doa..berkali2 katanya,termakbul la ia..jadi pada ibu2 di luar,even anak tu lembap ke apa,jangan lah pernah diucapkan..kalau anak da lembap,jangan disalahkan anak pulak..tp mungkin xde rezeki aq jugak or mungkin ade hikmahnya..kadang ngan sedara sendiri pon aq xle keluar sama..aq ade kakak sepupu ni,kami rapat jugak,dia tinggal dekat..dia kata jom lah tido rumah dia bila cuti2 ke apa,aq x kisah..tapi kakak tu sendiri kata,ibu aq mesti x bagi aq keluar dan lagi2 nak tidur uma kakak ni..kang x pasal2 kakak ni disuruh tido kat rumah kami..jadi kami terpisah sikit,jarak sikit da..selamat kakak tu faham..ni umur aq da 22,bape bulan kat rumah ni..ayah selalu tanya,ko x mohon kerja ke,mane je ko anta resume? adui..anta pon bila dipanggil interview mesti last minute ibu x bagi perginye..and kang ade je x berkenan di mata ibu..padahal aq cari kerja halal kan..ntah laa..ayah bagi ibu x bagi,tp kata ibu tu yg kuat..ntah laa..aq mengikut je kan..disebabkan da lama sangat xbuat apa,aq da rasa otak aq da lembap,aq cepat pelupa..kadang stress aq...ntah macam mana agak2nya masa depan aq...aq xboleh nak jangka..semuanya ibu yg atur..aq selalu berdoa,agar ibu terbuka hati untuk membebaskan sikit diri aq ni..bagi aq kebebasan dalam memilih..aq bukan nak berfoya2 ke apa kat luar sana..cume luangkan sedikit masa dengan kwn2..ni tidok,24 hours ngan family kat rumah..bukan xsuka berada dgn family,tapi kita kene keluar juga tgk dunia luar..kadang pelik tau,sbb masa asalnya masa muda remaja ibuku masa dlm umur aq,ibu aq ni suka mengayap..naik motor lagi..macam2 dia dpt apa dia nak..tapi kenapa ibu aq layan aq mcm ni? aq masih tertanya,apa salahku di mata ibu.....ibu...akak stress la gini..akak takut akak memberontak hilang kawalan ibu..ataupon kalau akak diam je lagi,akak takut akak jadi gila ibu..semua akak x boleh..akak x minat dgn niaga ibu ni..akak ade pilihan akak sendiri..bagilah akak kerja ibu..akak nak pegang duit sendiri..akak nak beli apa akak nak..akak ade cita2 akak sendiri ibu..ibu,buka lah hati ibu, ibu..akak xde siapa ibu..kalau orang lain ade masalah boleh cerita ke ibu dorunk..tapi akak mana boleh cerita ke ibu,ibu mesti xdengar dan buat cerita lain then nak marah2..tapi akak pelik,adik rajin bercerita kat ibu,ibu layan pulak kan..sama lah dgn abg2..maafkan akak ibu,andai selalu terlintas di pikiran akak,akak ni bukan anak ibu..be fair ibu..walaupon akak ni perempuan,xbermakna akak xle wat ni wat tu..akak syg ibu,itu sbb akak bertahan lagi..tapi akak harap satu hari nnt ibu sedar dan terbuka hati ibu..di setiap akhir solatku,kebahagian dan kesejahteraan ibu dan ayah selalu akak doakan..moga ibu dan ayah jua mendoakan akak..akak harap dgn berkat kesabaran akak,insyaAllah akan ade sinar menanti..walaupon kadang akak rasa give up on my life..

Ya Allah Kau kuatkan hatiku,tabahkan hatiku,kuatkan imanku....
Ya Allah Kau berikanlah kebahagiaan dan kesejahteraan buat ibu dan ayah kami..



*mmg menangis kalau difikirkan balik..tapi itu ibu..sayangilah ibu anda,nescaya Syurga menanti..sesungguhnya Syurga terletaknya di bawah kaki ibu..melainkan apabila anak2 perempuan itu telah dinikahkan dengan seorang laki2..maka Syurga mereka di bawah telapak kaki suaminya..
*pada IBU IBU semua,barikanlah anak2 kebebasan dalam menentukan masa depan mereka selagi ia dijalan  yang benar..berilah kekuatan kepada mereka..siapa anda sekarang,itu anda..jangan paksa anak2 anda,ikut laluan anda,melainkan dgn rela hati mereka dan minat mereka..
*pada ANAK ANAK di luar sana,sabarlah..sabarlah..sabarlah...insyaAllah ade hikmah disebaliknya..beringat IBU la yang melahirkan kita dan membesarkan kita..jika anda sayang mereka,ikut la apa mereka mahukan selagi ia di landasan yang benar dan halal.

itu sahaja buat masa ini,sekian wassalam.
be happy ^__^

Kawan lain jantina.

Kawan? kalau kawan memang kene sama jantina ek? orang selalu kata kalau kita berkawan baik atau rapat dengan seorang lain jantina,pasti lama2 akan terjatuh hati punyalah..kata orang jangan lah baik sangat atau rapat sangat..pada mulanya aq kurang percaya..sampailah satu hari tu aq ade msj2 saje ngan satu laki ni..ntah macam mane dua tiga kali mesej,asyik serentak je..baru deliverd msj ke dia,dpt msj da dari dia..time tu berbunga jugak la,satu kebetulan kan..lagi pon kami pena dipadankan dulu oleh satu adik ni dan kawan2 kami,tapi sebelum ni kami x bertegur melainkan ade hal penting..ntah macam mane kami boleh main msj..tapi  time kami selalu msj2 ni,kami berjauhan..dia belajar jauh d utara,dan time tu aq di timur..ntah macam mana msj tanya pasal latar belakang,macam baru je kenal..aq gembira tatkala dpt msj dari dia..alhamdulillah malam aq x sunyi lagi seperti sebelumnya..pejam celik,da hampir 6 bulan lebih kot kami dok main msj..setiapa malam dia akan msj,cume time dia nak exam n study week kurang sikit msj..and kalau dia nak g jalan jauh,dia akan msj bagitahu,mungkin takut aq tertunggu2 msj dia kot..hahaha...gembira hati..nak kata aq da jatuh hati,aq rasa genap 3 bulan kami msj,time tu aq da mulai jatuh hati dgn dia,cume aq x nak berharap sgt,takut kecewa kan nnt..dia serba tahu pasal aq kini..dari aq amik lesen dan saat aq kecewa tiada smgt..dia selalu bagi nasihat..kadang kawan aq yg rapat ngan aq sendiri  pon x tahu sgt pasal aq..aq da mulai percaya dia,cuma skunk aq xnak cerita byk pasal aq..aq nak dgr cerita dari dia je..setiap malam bagaikan menanti je msj masuk..xde org lain da,selain dia..dan untuk pengetahuan semua,selama kami kenal msj2 ni,kami xpernak calling2...dia xsuka calling2,aq sendiri pon xsuka sangat..alhamdulillah..kini aq percaya pada apa yg selalu org katakan,jgn rapat sgt dgn kawan lain jantina,mungkin niat kite mula nak kawan tapi pasti 90% akan jatuh hati punya lah..lain lah kalo bergroup..wallahualam,itu pendapat aq je..aq ngaku aq jatuh hati dgn dia,dan aq berharap dia lah bakal imamku..insyaAllah..doakan aq ye semua.. ^__^

itu je lah setakat ni kot..
sekian,wassalam..

be happy ^___^

Monday, 4 February 2013

Cinta ke?

Apa yang anda tahu pasal CINTA??
kadang aq tertanya apa benar aq dilamun CINTA??bagaimana rasanya..kalau nak tahu google sendiri lah nanti ye..mungkin aq pernah dilamun cinta,tapi sayang ia tidak kesampaian..bertepuk sebelah tangan je korunk..dan semua kata jika kita menunggu atau setia pada cinta yang belum pasti,mesti agak menyakitkan kan?mungkin lah..tapi kata hatiku,ia tidak lah sesakit mana jika hati sudah merelakan dan betul2 sayang ke si dia..wallahualam,itu apa yang aq rasa..2003 tahun aq mulai sedar kehadiran seseorang di sisi aq,tapi bila aq sedar tu,dia da terbang jauh,tidak sempat aq berkata apa2..itu lah orang kata,hargai org di depan mata,jangan bila dah pergi baru tercari-cari..macam kes aq,aq menanti dan menanti,tahun demi tahun..apabila dia kembali,ingatnya dapat lah ku jernihkan kembali hubungan kami,mungkin aq dapat nyatakan hasrat hati..tapi ia cuma sia2..dia seakan menyimpan dendam dengan ku..dia menjauh dan menjauh even kami makin dekat secara fizikalnya..wallahualam..jadi dengan ini,aq mengambil tindakan dengan mencari number phone si dia,dan cari di mana rumah dia dan selidik pasal dia..dan alhamdulillah dengan sekali pandang I/C si dia terus dapat ku ingat..dan dengan I/C si dia aq dapat lah tahu alamat, number phone rumah dan juga number phone handphone si dia..alhamdulillah,sekelip mata dengan kerja gila mengejar cinta..akhirnya setiap tahun aq akan wish si dia punya birthday,dan setiap tahun tu aq akan menukar number phone aq..sbb dia bila tahu,itu adalah aq,dia terus diam membisu..da faham sgt da fiil dia,tapi aq tetap terus dan menerus selidik di mana dia,belajar ke kerja..sampai aq dapat facebook dia dan macam-macam lagi..sejak tu,aq berhenti text msj ke si dia..zaman moden guna facebook je la..kat situ la aq tahu perkembangan dia..dan sampailah kini tetiba dua tiga hari lepas,aq stalk dia punya profile dan aq dapati dia sudah menjadi suami orang dan papa kepada anaknya..wallahualam apa benar atau sekadar salah faham sahaja..terdiam aq dan menitis air mataku..walaupon sudah 10 tahun berlalu,semuanya masih segar dalam ingatanku..walaupon cinta x disambut,aq dapat rasakan hati dia sama dgn hatiku..aq x kata aq setia..suka hati korunk apa korunk nak fikir..cuma buat masa ni,aq nak cuba busykan diri,kalau lah boleh..aq harap korunk dapat doakan aq cepat lupakan si dia..dan doakan si dia bahagia bersama insan2 yg disayanginya..apabila ku renungkan ganbar anak dia,mmg persis skali muka si dia..tapi hatiku berkeras,ini cuma salah faham!! still hope like that..humph..ok la,sekian utk post harini...air mata ni pon da mengalir,mengantuk! haha..

*cerita ini telah ku cut dan cut..sekian harap maklum..

Sekian,Wassalam..
be happy ^__^

Pembuka Bicara



Salam bicara..erm,lama rasa aq x berblog,sampaikan lupa paswed blogger ku yg lama..humph,tibai la kan,nak buat mcm mane..tapi apa2pon aq tetap gatal tangan nak buat blog ni..apa guna blog bagi aq? aq ni bukan la rapat dengan kawan sgt,berbulan da terperap kat rumah,keluar cuma ngan family..aq sunyi dan masalah atau cerita ssh dikongsi bersama kawan..selain kita mengadu pada Allah di dalam solat kita,aq inginkan kongsikan sedikit di blog aq ini..insyaAllah,cuma mungkin aq akan gunakan nama yg x berkaitan atau akan dieditkan sikit bagi ia nampak menarik sikit,mungkin..and mungkin post2 bakal aq post adalah post yg panjang,mungkin panjang cerpen,mungkin lah,tengok kerajinan dan situasi mood macam mane.ok lah Salam Ukhwah Fillah sahabat blogger ku,or saudara2 ku di luar sana yang kebetulan singgah di sini..maaf ya,da banyak berubah blog ni,banyak aq x tahu..mungkin dari semasa ke semasa aq akan cuba update kasi namapak menarik sikit,insyaAllah..

ok,Sekian,wassalam.
be happy ^__^